Pisang Abu sering digoreng untuk dijadikan pisang goreng yang banyak
dijual. Daun dari pokok Pisang Abu sering dibuat pelapik kuih kerana
kekentalannya.
yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Awak ialah
cv. 'Pisang awak'.
ia dikenali sebagai pisang klotok.
tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama saintifik pisang abu keling ialah
cv. 'Dwarf Cavendish
Pisang ini tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia
terdiri dari gentian. Buah pisang abu keling ini biasanya dimakan begitu
sahaja. Pisang jenis ini juga dikenali sebagai pisang kepok di
Indonesia.
Pisang Benggala atau
Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri
Kelantan.
Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu
padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan. Penggemar
pisang ini biasanya menelan isi bersama bijinya tanpa menghiraukan
risiko kesukaran buang air besar.
Penggunaan yang lebih popular ialah membuat masakan
acar pisang, di mana buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan. Acar ini berasa masam-manis dan pedas.
Kegunaan lain ialah daunnya. Oleh kerana daunnya lebar dan tidak
rapuh daun ia menjadi lebih berguna dari buahnya. Pembungkus kuih, pulut
dan nasi biasanya dibungkus menggunakan daun pisang ini. Batangnya juga
boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti
lembu.
Pisang Embun merupakan sejenis
pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah
Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Ambon Putih' [1]
Di
Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di
Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih.
Pokok Pisang
tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari
gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning
apabila masak.
Pokok Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya
yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi
buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi
isinya menjadi lembik.
Pisang Kelat Keling merupakan sejenis
pisang yang dituai dari
pokok Pisang Kelat Keling. Pisang Kelat Keling biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Kelat Keling ialah
Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Bluggoe.
Buah pisang Kelat Keling ini biasanya dimakan begitu sahaja.
Pisang Lemak Manis
Pisang
Lemak Manis ialah sejenis pisang tempatan yang bersaiz kecil dan manis.
Ia selalunya digunakan dalam resepi Puding Raja di negeri Johor.
Pisang Mas merupakan sejenis
pisang yang dituai dari
pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah
Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Lady's Finger'
Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv.
'Sucrier', Musa acuminata Colla (Sucrier Group) cv. 'Lady's Finger',
Musa x paradisiaca L. cv. 'Lady Finger', Musa x paradisiaca L.
cultigroup Sucrier cv. 'Doigt de Femme', Musa x paradisiaca L.
cultigroup Saccharinus cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L.
cultigroup Saccharinus cv. 'Dedo de Dama', Musa acuminata Colla non L.
(Sucrier Group) cv. 'Datil', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group)
cv. 'NiƱo', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Bocadillo'
[1]
Pisang Emas gemar dimakan mentah. Saiz buah pisang adalah lebih kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna� kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman.
Pokok Pisang Merah yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Nama sains pokok Pisang Merah ialah
Musa velutina H. Wendl. & Drude atau bahasa Inggeris
Fuzzy banana.
[1]
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
Pisang Nipah merupakan sejenis
pisang yang dituai dari
pokok Pisang. Pisang Nipah biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok pisang Nipah ialah
Musa acuminata balbisiana cultivars (BBBc).
[1]
Buah pisang Nipah ini biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Ia biasanya dijadikan pisang goreng.
Pisang Putar merupakan sejenis
pisang yang sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.

Pisang Serendah merupakan jenis
pokok Pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Serendah ialah
Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Dwarf Cavendish'.
Ia juga dikenali sebagai
Musa acuminata Colla (Cavendish Group)
cv. 'Dwarf Cavendish', Musa x paradisiaca L. cultigroup Dwarf Cavendish,
Musa cavendishii Lambert & Paxton var. nana.[1]
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
Pokok Pisang serendah biasanya mempunyai daun yang lebar dan tahan
(tidak mudah koyak). Oleh itu pokok pisang Serendah sering ditanam bagi
mendapatkan
daun pisang yang mempunyai banyak kegunaan.
Buah pisang Serendah boleh dimakan tetapi kurang digemari ramai. Oleh
itu penanaman pokok pisang Serendah kebiasaannya adalah untuk daunnya
berbanding bagi mendapatkan buahnya. Buah Pisang Serendah ini biasanya
dimakan begitu sahaja.
Pisang Tanduk merupakan sejenis
pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya menyebabkan ia diberi nama pisang
tanduk. Pisang Tanduk sedap digoreng.