Monday 2 April 2012

jenis2 pisang

Pisang Abu sering digoreng untuk dijadikan pisang goreng yang banyak dijual. Daun dari pokok Pisang Abu sering dibuat pelapik kuih kerana kekentalannya.








Pisang awak merupakan jenis pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Awak ialah Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Pisang awak'.[1]

Di Indonesia ia dikenali sebagai pisang klotok. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
Ciri-ciri[2]:
  • Merupakan varieti masakan, berbiji dan tanpa biji.
  • Ketinggian batang palsu 4 - 5 meter.
  • Mula berbuah selepas setahun dan buah matang selepas 4 - 5 bulan berbunga.
  • Berat tandan buah 20 - 30 kg dan mempunyai 9 - 12 sikat.
  • Setiap sikat mempunyai sehingga 16 biji pisang.
  • Varieti pisang awak : awak kepek (sedikit masam manis), awak lilin (manis), awak legor.




Pisang Abu Keling merupakan jenis pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama saintifik pisang abu keling ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Dwarf Cavendish[1].
Pisang ini tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Buah pisang abu keling ini biasanya dimakan begitu sahaja. Pisang jenis ini juga dikenali sebagai pisang kepok di Indonesia.








Pisang Benggala atau Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan. Penggemar pisang ini biasanya menelan isi bersama bijinya tanpa menghiraukan risiko kesukaran buang air besar.
Penggunaan yang lebih popular ialah membuat masakan acar pisang, di mana buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan. Acar ini berasa masam-manis dan pedas.
Kegunaan lain ialah daunnya. Oleh kerana daunnya lebar dan tidak rapuh daun ia menjadi lebih berguna dari buahnya. Pembungkus kuih, pulut dan nasi biasanya dibungkus menggunakan daun pisang ini. Batangnya juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti lembu.




Pisang Embun merupakan sejenis pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Ambon Putih' [1]
Di Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih.
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning apabila masak.
Pokok Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik.










Pisang Kelat Keling merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang Kelat Keling. Pisang Kelat Keling biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Kelat Keling ialah Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Bluggoe.
Buah pisang Kelat Keling ini biasanya dimakan begitu sahaja.



Pisang Lemak Manis
Pisang Lemak Manis ialah sejenis pisang tempatan yang bersaiz kecil dan manis. Ia selalunya digunakan dalam resepi Puding Raja di negeri Johor.









Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Lady's Finger'
Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Sucrier', Musa acuminata Colla (Sucrier Group) cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cv. 'Lady Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Sucrier cv. 'Doigt de Femme', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Dedo de Dama', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Datil', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'NiƱo', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Bocadillo' [1]
Pisang Emas gemar dimakan mentah. Saiz buah pisang adalah lebih kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna� kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman.



Pokok Pisang Merah yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Nama sains pokok Pisang Merah ialah Musa velutina H. Wendl. & Drude atau bahasa Inggeris Fuzzy banana.[1]
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.




Pisang Nipah merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Nipah biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok pisang Nipah ialah Musa acuminata balbisiana cultivars (BBBc). [1]
Buah pisang Nipah ini biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Ia biasanya dijadikan pisang goreng.




Pisang Putar merupakan sejenis pisang yang sedap dan boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan kuih.




Pisang Serendah merupakan jenis pokok Pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Serendah ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. 'Dwarf Cavendish'.
Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (Cavendish Group) cv. 'Dwarf Cavendish', Musa x paradisiaca L. cultigroup Dwarf Cavendish, Musa cavendishii Lambert & Paxton var. nana.[1]
Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
Pokok Pisang serendah biasanya mempunyai daun yang lebar dan tahan (tidak mudah koyak). Oleh itu pokok pisang Serendah sering ditanam bagi mendapatkan daun pisang yang mempunyai banyak kegunaan.
Buah pisang Serendah boleh dimakan tetapi kurang digemari ramai. Oleh itu penanaman pokok pisang Serendah kebiasaannya adalah untuk daunnya berbanding bagi mendapatkan buahnya. Buah Pisang Serendah ini biasanya dimakan begitu sahaja.









Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk. Pisang Tanduk sedap digoreng.














1 comment:

  1. di kampung kami, pisang Nipah, pisang Abu Keling, dan pisang Awak (seperti ysng terlihat di gambar) namanya sama: pisang Kepok. Daun boleh dipakai bungkus kue kukus, bungkus nasi tuk dibawa ke kebun-sawah juga akan tambah aroma lezat. Jantung pisang juga boleh dimasakkari atau tumis.

    ReplyDelete